// SupeƦwoɱɑn ;

Posted on: @ 23:13 | 0 replied.

miss her ;'(
[hover here]


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



hyee readers tersyayang semuaa :) 
amboi kita tukar lagu laaa :)
actually , kita suka gilaa lagu neyy . tangkap leleh .
bythewayy , entry kita kali ini nak cite pasal kita rindu gilaa kat seseorang .
seseorang yang bermakna sangat2 dalam hidup kita ;'(
and dia dah pegi tinggalkan kita untuk selamanya ,
Allah lebih sayangkan dia ,
masuk bulan disember nanti dah genap lima tahun dia tak ada .
kita sayang dia sangatsangat , dia nenek kita

Allahyarhamah Napsiah binti Haji Siraj 

kita panggil dia embah , (hakk,orang jawa)
kita rapat dengan dia sejak kita lahir lagi , kalau kita nangis dia pujuk .
mak kita penah cite , masa kite baby dulu kita kuat nangis malam2 .
kita nangis bila tidur ngan mak ayah kita , 
tapi bila mak kita bagi kita tidur sebelah nenek kita tuu , kita diam terus .
lepas tuu kita terus tidur dengan nenek kita sampailaa arwah pergi ,

actually , rumah dia depan rumah kita ajee .
tiap maghrib dia pergi rumah kite tidur malam . jalan kaki jee .
kecuali anak2 dia balik , kalau anak2 dia balik ,kita pulak tidur rumah diaa ;')
bila azan subuh dia pun balik rumah dia , solat subuh .
tapi bile kita terjaga dari tidur , kite tahan dia . kite takbagi dia balik .
dia pun tunggu kat rumah kita sampai kita pergi sekolah :')

kalau cuti kita suka pergi rumah dia , tengok apa dia buat .
kite ni banyak tanya , suka tanya dia macam2 .
tapi dia takpenah berhenti jawab soalan kitaa .
dia banyak ajar kita kerja2 seharian .
kalau dia jalan2 rumah jiran , kita selalu ikut .
kalau dia pegi mengaji petang2 tu , kita pun ikut dia .

mase tuhh time darjah satu , darjah dua , darjah tiga .
and dia selalu bagi kita hadiah kalau dapat nombor 1 dalam exam ,
even dia takde duit sebenarnyee ,
dia selalu cakap "belajar ni sampai mati"
 untill now , kita pegang kata2 dia .
bagi kita , dia laa semangat kita nak belajar .
kite pernah berjanji dengan dia nak bawak dia pergi haji .
masa tuu dia dah mula sakit . barah hati <

tahun 2006 , 25 disember (rabu) - embah mase tuu memang  dah kat kl .
buat rawatan bagai ,
masa tuu sakit dia dah agak kritikal ,
dia dekat rumah makngah kita kat TTDI KL .
lepas solat maghrib , mak kita dapat call dr makngah kita 
kita taktau dorang cakap ape ,
tapi mak dah nangis2 masa tuu .
kita dah tak sedap hati .
kita dengar mak cakap kat ayah : kita pergi kl . mak tenat .
lepas je dengar tuu  kita jatuh terduduk .
mak suruh kita kemas barang , urgent . kita main tarik je baju .

ikut plan kami nak pegi kl jumaat tuh , sambut raya haji sekali .
ayah masa tuu dah tak boleh drive malam sangat ,
mata ayh ada masalah . ayah gagahkan jugakk .
hujanlebat . ayah taknampak ape pun . sampai kuala selangor  mak pulak drive .
percaya takk masa tu dah pukul 12.30 pagi .
jam sebab hujan . sampai sungai buluh macam sesat .
sebab taknampak . hujan lebat gilaa .
kita taktido sepanjang perjalanan tuu .
kita ingat kat embah jee :'(

last2 , abang ipar kita ambik kat stesen minyak sungai buloh ,
sampai2 jee , saudara-mara semua dah adaa .
kite tengok embah terbaring jee , muka embah lain sangat .
muka dia cengkung .selama ni muka embah sihat je . putih jee .
mase tuu lain gilaa ,
kami semua tidur kat situ teman embah .dalam pukul 3 cucu dia dr taiping sampai .


esoknyaaa , kita taktau laa embah sedar ke takk .
kita teman embah sepanjang hari .
kita tengok dia tenat sangat . nak cakap pun macam tak larat .
makngah kata rabu pagi tuhh bwk jumpa doktor kat hkl .
pasal embah kata badan dia tak sedap . 
doktor tu ade suntik dia . 
and lepas maghrib tu terus dia tak bangun . 
dalam hati kita , kita marah sangat dekat doktor tuu .
mase tuu fikiran tak matang lagii .
embah solat melalui hati , kite selalu bisik kat telinga dia 
sambil menangis : embah sihat tau lepas ni , nanti boleh jalan2 .
sebenarnya , last aku jumpa dia sihat walafiyat masa aku nak 
pegi bukit merah , dia ade cakp : embah malas nak pegi , nanti lain kali rini bawak embah yee .
aku pegang kata2 embah .

malam jumaat , ramai saudara-mara jauh datang .
seingat kita family Yizz pun adaa . 
melata saudara kita datang rumah makngah kita malam tuu .
jumaat esoknyaa actually kakngah kita nak balik kelantan 
pasal dia denga maybe embah dah nak sihat sebab ada doktor dtg rawat .
jumaat pagi ingatkan nak bwk balik rumah ambulans bwk .

jumaat pagi , pukul 7 kazen kita kejut embah suruh makan ubat .
tapi takde respond . kita berdiri sebelah kazen kita masa tuu.
embah diam jee . tangan dia dah berkiam macam dia solat subuh masa tuu .
kita ingat dia solat lagi , tapi dia dah solat pukul 6.30 tuu .
selalunya kalau ada orang panggil dia , dia akan berkutik sikit .
tapi ni diam jee . kazen kita panggil ayah dia or pakngah kitaa .
die check nadi takde , tapi panas lagi .
kita dah mula sebak dahh . pastuhh tiga orang kazen kita rush pegi jiran sebalah .
doktor cina , kira nak confirmation la nii .
 dia kata dah takadaa ,
dalam 30 minit yg lepas .
kira baru jee lagi .
masa tuu semua nangis , kita nampak mak kita nangis terus kita nangis .
ayah cakap masa tuu waktu saudi arabia tepat2 orang tengah wukuf kat arafah .


kakngah kita yang dah bertolak nak balik kelantan tuu , terpalsa patah balik .
dia sampai rumah makngah , memang dah basah pipi dia .
dia dah nangis lamee .
pakngah cakap , jenazah diuruskan kat sini je .
then bwk balik , bagi jiran tengok sekejap and selesaikan terus .
mak kita terus suruh kak long kita balik kampung bukak rumah 
and bagi tau jiran semua . kiranya , kaklong laa yang tak sempat dengan arwah .
kita nangis tak berhenti , makin org tenangkan makin laa kita nangis.
kita macam tak percaya sangat2 .
kakngah kita pun nangis teruk sangat .
sebab embah laa yang jaga kakngah masa sekolah dulu bila ayah pegi puchong mengajar .

masa sampai kat masjid tuu , terus embah dimandikan .
mak ajak tengok embah dimandikan , kita pergi .
mak raupkan air mandian tu dekat muka kita , katenye biar hijab tak dibukak .
kite sayu sangat nampak embah masa tuu ,
kita keluar dri bilik mandian tuu kite duduk dekat penjuru masjid
kita nangis puaspuas . dalam kepala otak mase tuu 
terpikir sape nak temankan kita tidur lepas ni , sape nak pujuk kita kalau kita nangis ,sape nak temankan kita jalan2 ?
kita nangis puaspuas , and takde sape yang ganggu kita . 
dah selesai kapankan , before tutup muka tuu macam biasa laa
bagi ahli keluarga cium untuk kali terakhir ,
 masa aku nak cium muka arwah , kakngah aku lapkan air mata aku .
dia kata jangan sampai airmata kene kat muka arwah .
lepas cium aku sambung nangis .
kakngah aku peluk aku kuatkuat , dia tabahkan aku .

ontheway balik kampung , kita naik kereta dengan mak kita tumpang kazen kita . 
pasal ayah dalam van jenazah , sepanjang perjalanan tu ,
mak kita peluk kita , mak tabahkan kita . mak banyak bg pesanan kat kita .
suruh Al-Fatihah , Baca Yaasin .
mak sempat cakap : sepatutnya hari ni embah balik dengan ambulans bukan van jenazah .

sampai rumah , perkarangan rumah aku dengan rumah embah dah penuh . 
aku tak pergi rumah embah , aku balik rumah aku .
aku duduk dalam bilik sorang2 , aku nangis lagi .
last2 kaklong aku panggil suruh pergi rumah embah sebab embah dah nak dikuburkan .
aku lari pergi rumah embah , aku nak ikut pergi kubur . aku dah naik motor dah nak ikut ayah .
ayah suruh turun . ayah tak bagi aku ikut . ayah kata budak2 tak elok.
aku pun duduk rumah embah dengan kazen2 aku ,
dorang semua diam je , dorang dah tak mampu nak nangis .

and untill now , aku rindu sangat dengan arwah .
aku selalu mimpi dia pakai telekung jumpa aku , senyum dekat aku .
dia diam je , aku tanye dia macam2 dia cuma senyum ,
aku cite balik mimpi aku kat mak ,
mak cakap tu roh arwah . sebab dia tak bercakap ,
kalau dia bercakap tu syaitan menyerupai arwah .
akutakboleh nak lupa semua kenangan aku dengan arwah .
kadang2 aku bosan , aku pergi rumah dia . duduk kat tangga rumah dia .
macam dia buat petang2, sembang2 ngan mak aku kat tangga .
even rumah tu kosong sekarang .
aku rasa terkilan sebab tak mampu tunaikan janji aku nak bawak dia pergi Mekah,
aku selalu doa agar dapat jumpa dengan dia bila kat akhirat nanti , 
aku teringin nak peluk dia lagi .
nak cerita macam2 dekat dia 
macam aku buat masa dia sihat walafiyat.

Al-Fatihah kepada arwah Napsiah binti HJ Siraj

//maaf atas tercampur-aduk pengunaan 'aku' . maaf panjang ,

peace be upon you :'(


« Newer Post / Older Post »